Ahad, 5 Oktober 2008

TEKS MEMBENTUK WAJAH






Capaian tutorial rekaan grafik dari sifoo.com bagaimana nak hasilkan gambar seperti di atas sila klik di sini

Rabu, 24 September 2008

PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banayak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata.

Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita.Keluhan-keluhan yang tidak membina itu sebenarnya adalah alasan untuk kita masih berada pada tahap yang lama dan tidak bertindak.

Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Di dalam bab ini kita akan membincangkan bagaimanakah keadaannya untuk mengurus masa secara berkualiti. Pengurusan masa yang akan dibincangkan nanti akan membawa kita supaya berfikir tentang perkara-perkara yang selalunya kita anggap ianya adalah perkara remeh. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan dii sini adalah kita mesti melakukan jadual harian.

Jadual itu termasuk:
1. Masa membaca buku atau mengulangkaji
2. Waktu bermain atau beriadah
3. Waktu menonton televisyen
4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah
5. Waktu membantu ibu dan ayah
6. Waktu menziarahi rumah kawan

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Perkara ini bukan peraka remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas dan ianya mesti dipatuhi.

Selalunya kita dengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-olah kita tidak tidak mendapat apa-apa daripada pembelajaran tersebut. Berbeza kadang-kadang kita mendengar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan tang cemerlang. Perbezaan antara individu ini adalah hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu seharusnya kita memberi perharian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang kita gunakan.

Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan prinsip asas pengurusan masa.

1. Mengubah tabiat lama yang negatif

Tabiat lama selalu juga disebut sebagai habit. Tabiat yang negatif mesti dibuang dari ianya berada dalam diri. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Misalnya sebagai pelajar, tugas yang diberi oleh guru perlu kita siapkan secepat mungkin.

Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan secara `minit terakhir' kadang-kadnag hingga larut malam, yang terlebih teruk lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung. Maka tabiat seumpama ini perlu diubah. Tabiat ini adalah tabiat negatif yang begitu dominan dalam diri pelajar.

Oleh sebab itu kita mesti mengubah tabiat ini supaya kita lebih awal menyiapkan tugas-tugas agar pada waktu yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti mentelaah pelajaran. Kita belajar semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat-saat akhir.

Kita lihat kebanyakan orang mengatakan perasaan tertekan bila mendengar tentang peperiksaan. Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat awal. Kadang-kadang ini memberi kesan yanga lebih teruk jika kita merasa bahawa kita sudah tuada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Tabiat ini perlu diatasi untuk berjaya.Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah, mengulangkaji pelajaran dan bertindak pada saat yang awal. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melakukan pada "minit terkahir".

2. Komunikasi

Komunikasi adalah faktor yang amat penting dalam pengurusan masa. Komunikasi juga memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Kita sering membazirkan masa kita, kerana kita sering berkomunikasi dengan cara yang tidak baik. Sebagai contoh: Semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan-kawan tentang hiburan, dan perkara-perkara yang sia-sia yang mana ianya tiada kaitan langsung dengan pelajaran. Semasa ketiadaan guru juga kita sering bercerita tentang hal orang lain yang tidak memberi faedah dalam pelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran masa yang amat ketara dan begitu merugikan.

Ramai pelajar tidak mengetahui dan menganggap ini satu perkara yang ringan. Jika diterliti kita banyak membuang masa di dalam sehari tanpa mengaitkan perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran. Kita sepatutunya melakukan tugas-tugas pada masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat kita membuat kerja-kerja yang lain atau mengulangkaji pelajaran. Ini sebenarnya tidak memberi tekanan dan bebanan di rumah nanti.Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.

Sesungguhnya masa mengcukupi tetapi cara kita menguruskan masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi. Sebagai contoh lagi, semasa berada di dalam bas atau tempat menunggu bas kita sering marasa bosan. Kerana apa? kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita sampai ke rumah atau ke tempat yang dituju.

Sepatutnya semasa di dalam bas atau tempat menunggu bas, kita menggunakan peluang ini untuk kita mengingat fakta atau apa yang diajar oleh guru. Pada masa ini juga kita boleh membaca nota-nota kecil agar masa di dalam bas dan sebagainya digunakan dengan berkesan dan terbaik.Darii segi komunikasi perkara yang penting juga adalah atentang perasaan malu. Ramai dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan akawan-kawan tentang hal-hal yang tidak berlaitan dengan hal pelajaran.

Namun kelemahan komunikasi kita adalah kerana jarang sekali kita menggunakan kelebihan komunukasi ini untuk bertanya kepada guru-guru atau rakan tentang topik yang tidak diketahui. Kenapa ini berlaku? Sebenarnya terdapat dua perkara yang berlaku iaitu wujudnya komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi dalam diri).

Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru, sebenarnya ini adalah satu perkara yang baik. masalah yang wujud adalah apabila komunikasi intrapersonal negatif. Komunikasi intrapersonal hadir dalam diri. Komunikasi intrapersonal seolah-olah mengatakan bahawa soalan ini soalan bodoh. Jika kita bertanya, mungkin kawan-kawan menganggap kita pelajar lemah. Mungkin juga menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita. Ini yang membuatkan halangan dalam membantu kita bermotivasi untuk belajar. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu dilawan dan ditentang.Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal (bertanya guru) dengan sebaik mungkin. Dengan membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka akan wujudlah keyakinan dalam diri.

3. Penumpuan

Selalunya kita akan merasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajaran kita sememangnya jarang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun kita dalam keletihan.Oleh sebab itu ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran. Jika guru sedang memberikan pengajaran, berikan tumpuan. Gangguan yang lain perlu dielakkan.

4. Rehat

Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.Kita sering mrenganggap bahawa tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan.

Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita bebar-benar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik.

Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan. Sebagai contoh; kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan menyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Pada malamnya pula kita tidur umpamanya pada 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dan setelah kita menunaikan solat subuh, maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca buku-buku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu senggang seumpama ini (selesai solat subuh) sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar, tapi kita melakukan perkara yang sia-sia. Ramai pakar mengatakan bahawa belajar waktu pagi baik untuk mentelaah pelajaran mengingat.

Pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan.Jelaslah kepada kita sekarang bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita. Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisiplinkan diri dan membuat jadual waktu untuk aktiviti Pembelajaran.Berdasarkan kepada perbincangan tadi maka dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan penuh bermakna.

Jumaat, 12 September 2008

Sabtu, 30 Ogos 2008

MPV Produksi Multimedia

Produksi Multimedia (PM) merupakan salah satu daripada 22 subjek Matapelajaran Vokasional (MPV) Siri 7 yang ditawarkan di sekolah menengah harian.

Keseluruhan subjek MPV adalah :
1) Membuat Perabot (MP)
2) Seni Reka Tanda (SRT)
3) Tanaman Makanan (TM)
4) Lanskap dan Nurseri (LN)
5) Pembinaan Domestik (PD)
6) Katering dan Penyajian (KP)
7) Rekaan dan Jahitan Pakaian (RJP)
8) Menservis Peralatan Elektrik Domestik (MPED)
9) Grafik Berkomputer (GB)
10) Produksi Multimedia (PM)
11) Pendawaian Domestik (PenD)
12) Hiasan Dalaman Asas (HDA)
13) Akuakultur dan Haiwan Rekreasi (AHR)
14) Pemprosesan Makanan (PeM)
15) Menservis Automobil (MA)
16) Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara (MPPPU)
17) Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut (PMDR)
18) Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (APAK)
19) Menservis Motosikal (MM)
20) Kimpalan Arka dan Gas (KAG)
21) Kerja Paip Domestik (KPD)
22) Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik (GAPG)

Subjek-subjek tersebut ditawarkan secara berperingkat dengan subjek 1 - 8 mula ditawarkan pada tahun 2002, subjek 9 dan 10 bermula pada 2003, subjek 11 - 18 mula diperkenalkan pada 2004 manakala subjek 19 - 22 bermula pada tahun 2005. Produksi Multimedia mula ditawarkan di SMK Kamunting pada tahun 2004 dengan bilangan pelajar seramai 20 orang.

OBJEKTIF PENUBUHAN MPV
Untuk memberi pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan teknologi. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam pekerjaan yang sesuai dan memulakan pekerjaan sendiri atau meneruskan latihan di peringkat lebih tinggi.

PERUNTUKAN WAKTU
Produksi Multimedia dan Grafik Berkomputer diperuntukkan sebanyak 8 waktu seminggu manakala subjek-subjek MPV yang lain diperuntukkan sebanyak 12 waktu seminggu.

BILANGAN PELAJAR
Jumlah minima pelajar dalam satu-satu kelas adalah 16 manakala jumlah maksimanya 25 orang.

PERISIAN
Terdapat 8 perisian yang dipelajari oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek Produksi Multimedia, sebagaimana berikut :
a) Adobe Photoshop CS
b) 3D Studio Max 6
c) Macromedia Freehand MX
d) Macromedia Flash MX
e) Macromedia Director MX
f) Macromedia Dreamweaver MX
g) Sony SoundForge 7
h) Adobe Premiere Pro

Perisian-perisian tersebut dipelajari melalui penggunaan modul-modul pembelajaran dalam bentuk cd dan cetakan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

PAPAN CERITA / KEUSAHAWANAN
Selain daripada perisian, para pelajar turut dibekalkan dengan modul papan cerita (story board) bagi membolehkan pelajar mempelajari cara-cara menyediakan helaian papan cerita bagi projek multimedia yang akan dihasilkan.

Modul keusahawanan memperkenalkan para pelajar dengan situasi sebenar semasa menghasilkan projek-projek multimedia merangkumi perancangan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang sepatutnya terlibat serta cara-cara untuk mengira kos bagi sesuatu projek. Melalui modul keusahawanan itu juga pelajar turut didedahkan dengan maklumat-maklumat awal meliputi persediaan yang perlu dilakukan serta langkah-langkah yang patut dilaksanakan sebelum menubuhkan sesebuah syarikat.

Seperti modul-modul perisian yang lain, kedua-dua modul papan cerita dan keusahawanan turut disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Modul-modul pembelajaran tersebut bebas dipilih untuk diajar atau dipelajari tanpa mengikut susunan jadual yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, guru bebas merangka jadual sendiri untuk mengajar sehingga kesemua modul selesai diajar dan seterusnya menyelesaikan sukatan pelajaran yang telah dibekalkan. Para pelajar juga boleh menyusun jadual sendiri sebagai panduan untuk mempelajari kesemua modul pembelajaran tersebut. Tiada kenyataan yang menetapkan mana-mana modul perlu diselesaikan semasa di tingkatan 4 atau 5. Ini bermakna kesemua modul tersebut disediakan untuk jangkamasa 2 tahun (tingkatan 4 dan 5). Meskipun begitu, pemilihan modul-modul pembelajaran tersebut perlu seiring dengan modul pentaksiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sekiranya berkemampuan, guru mahupun pelajar disaran supaya dapat menyelesaikan kesemua modul pembelajaran semasa berada di tingkatan 4. Ini adalah untuk memberi peluang yang lebih kepada para pelajar bagi menghasilkan projek yang berkualiti semasa berada di tingkatan 5.

Guru boleh memilih untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara kelas dimana semua pelajar mempelajari modul atau perisian yang sama dengan merujuk kepada penerangan guru atau menggunakan modul. Guru juga boleh memilih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara individu dimana pelajar bebas mempelajari mana-mana modul atau perisian yang disukai. Melalui kaedah ini guru akan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator. Penggabungan kedua-dua bentuk pengajaran dan pembelajaran tersebut juga boleh dilakukan sekiranya dirasakan perlu.

PENTAKSIRAN KOMPETENSIPERSIJILAN MODULAR
Ciri-ciri :
  • Pentaksiran Alaf Baru
  • Global Standard
  • Local Need
  • Standard Kekompetenan MPV
  • Fleksibel- Individualised
  • Berpusatkan Pelajar
  • Mempertingkatkan Pembelajaran
  • Pentaksiran Atas Permintaan
  • Penjaminan Kualiti
  • Holistik
  • Modular
  • Portfolio
  • Pentaksiran Berpusat
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah
  • Pentaksiran Merujuk Kriteria
  • Evidens Pengetahuan
  • Evidens Proses
  • Evidens Produk
  • Pemantau Dalaman
  • Penyelaras Dalaman
  • Guru Pentaksir
  • Pemantauan
  • Penyelarasan
  • Pelaporan Positif
  • Sijil Matapelajaran Vokasional
  • Sijil Pelajaran Malaysia
KOMPONEN PENTAKSIRAN MATAPELAJARAN MPV - PRODUKSI MULTIMEDIA
  1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (7403/2)- Kerja kursus (modul) sepanjang tingkatan 4 dan tingkatan 5
  2. Pentaksiran Berpusat (7403/1)- Kerja bertulis 2 jam 30 minit dijadualkan bersama kertas bertulis SPM yang lain
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PETUGAS PENTAKSIRAN:
1. PENTAKSIR
Guru yang dilantik untuk menghakimkan evidens yang dikemukakan oleh calon sama ada kompeten atau belum kompeten.

2. PENYELARAS
Guru yang dilantik untuk memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir memenuhi standard yang ditetapkan.

3. PEMANTAU
Petugas yang dilantik untuk memastikan pengendalian pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir mematuhi prosedur yang ditetapkan.

4. GURU PENTAKSIR SEKOLAH
Guru yang mengajar subjek berkaitan:
  • Melaksanakan proses pentaksiran setelah menjalani kursus penataran dan mendapat surat pelantikan daripada Pengetua
  • Menyedia dan melengkapkan segala maklumat serta borang yang berkaitan dengan pentaksiran

PENYELARAS DALAMAN

  • Guru yang dilantik oleh Pengetua (Penolong Kanan/Ketua Bidang)
  • Menyelaras pentaksiran disekolahnya
  • Menandatangani borang-borang yang berkaitan

PENYELARAS LUAR
  • Guru yang dilantik oleh LPM
  • Menyelaras pentaksiran di sekolah terpilih sebagaimana jadual
  • Menyediakan laporan yang berkaitan

PEMANTAU DALAMAN

  • Pengetua
  • Penolong Kanan
PEMANTAU LUAR
  • Pegawai LPM
  • Pegawai JPT
  • Pegawai JPN
  • Pegawai PPD/PPB
  • Jemaah Nazir Sekolah
MODUL PENTAKSIRAN
Modul 1 : Menghasilkan Grafik
Modul 2 : Menghasil dan Menyunting Audio
Modul 3 : Menghasilkan dan Menyunting Video
Modul 4 : Menghasilkan Animasi 2D dan 3D
Modul 5 : Persembahan Multimedia Interaktif Menggunakan Perisian Alat Pengarangan
Modul 6 : Membina Laman Web
Modul 7 : Membangunkan Produk Multimedia
Modul 8 : Pengurusan Dalam Pembangunan Multimedia

KOMPETENSI

MODUL 1 : MENGHASILKAN GRAFIK
KPM 01 : Menghasilkan ikon atau logo kapal menggunakan Macromedia Freehand
KPM 02 : Menyunting imej grafik menggunakan Adobe Photoshop
KPM 03 : Menghasilkan grafik 3D (objek) menggunakan 3D Studio Max

MODUL 2 : MENGHASIL DAN MENYUNTING AUDIO
KPM 04 : Menghasilkan fail audio
KPM 05 : Menyunting fail audio

MODUL 3 : MENGHASILKAN DAN MENYUNTING VIDEO
KPM 06 : Menghasilkan fail video
KPM 07 : Menyunting teks, objek dan mengeksport fail video

MODUL 4 : MENGHASILKAN ANIMASI 2D DAN 3D
KPM 08 : Menghasilkan animasi 2D menggunakan Macromedia Flash
KPM 09 : Menghasilkan animasi 2D menggunakan Macromedia Director
KPM 10 : Menghasilkan animasi 3D menggunakan perisian 3D Studio Max
KPM 11 : Menghasilkan animasi 2D dalam perisian laman web

MODUL 5 : PERSEMBAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PERISIAN ALAT PENGARANGAN
KPM 12 : Menghasilkan Lakaran Papan Cerita
KPM 13 : Menghasilkan satu persembahan multimedia linear dengan menggunakan alat pengarangan Macromedia Director
KPM 14 : Menghasilkan satu persembahan multimedia interaktif dengan menggunakan alat pengarangan Macromedia Flash MX

MODUL 6 : MEMBINA LAMAN WEB
KPM 15 : Menetapkan page properties, mengguna dan memanipulasi teks, grafik dan jadual
KPM 16 : Membina pautan (link)
KPM 17 : Membina layer
KPM 18 : Membina frame

MODUL 7 : MEMBANGUNKAN PRODUK MULTIMEDIA
KPM 19 : Membangunkan produk multimedia

MODUL 8 : PENGURUSAN DALAM PEMBANGUNAN MULTIMEDIA
KPM 20 : Menentukan kos perbelanjaan pembangunan multimedia
KPM 21 : Mengisi borang permohonan penggunaan bahan dari pemegang hakcipta

RINGKASAN
BILANGAN MODUL : 8
BILANGAN KOMPETENSI : 21
BILANGAN EVIDENS PROSES : 102
BILANGAN EVIDENS PRODUK : 52

MODUL TINGKATAN 4
MODUL 1
MODUL 2
MODUL 3
MODUL 4
MODUL 5
MODUL 6

MODUL TINGKATAN 5
MODUL 7
MODUL 8

KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI SPM
Setiap calon perlu kompeten sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan modul tingkatan 4. Sekiranya seseorang calon gagal mencapai tahap tersebut maka beliau hanya layak menerima sijil MPV (sekiranya terdapat modul yang kompeten).

KELAYAKAN MENDAPAT SIJIL SPM
Calon perlu kompeten sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan modul (tingkatan 4 dan 5). Sekiranya seseorang calon gagal mencapai tahap tersebut maka beliau hanya layak menerima sijil MPV (sekiranya terdapat modul yang kompeten).

Jumaat, 29 Ogos 2008