Sabtu, 30 Ogos 2008

MPV Produksi Multimedia

Produksi Multimedia (PM) merupakan salah satu daripada 22 subjek Matapelajaran Vokasional (MPV) Siri 7 yang ditawarkan di sekolah menengah harian.

Keseluruhan subjek MPV adalah :
1) Membuat Perabot (MP)
2) Seni Reka Tanda (SRT)
3) Tanaman Makanan (TM)
4) Lanskap dan Nurseri (LN)
5) Pembinaan Domestik (PD)
6) Katering dan Penyajian (KP)
7) Rekaan dan Jahitan Pakaian (RJP)
8) Menservis Peralatan Elektrik Domestik (MPED)
9) Grafik Berkomputer (GB)
10) Produksi Multimedia (PM)
11) Pendawaian Domestik (PenD)
12) Hiasan Dalaman Asas (HDA)
13) Akuakultur dan Haiwan Rekreasi (AHR)
14) Pemprosesan Makanan (PeM)
15) Menservis Automobil (MA)
16) Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara (MPPPU)
17) Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut (PMDR)
18) Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (APAK)
19) Menservis Motosikal (MM)
20) Kimpalan Arka dan Gas (KAG)
21) Kerja Paip Domestik (KPD)
22) Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik (GAPG)

Subjek-subjek tersebut ditawarkan secara berperingkat dengan subjek 1 - 8 mula ditawarkan pada tahun 2002, subjek 9 dan 10 bermula pada 2003, subjek 11 - 18 mula diperkenalkan pada 2004 manakala subjek 19 - 22 bermula pada tahun 2005. Produksi Multimedia mula ditawarkan di SMK Kamunting pada tahun 2004 dengan bilangan pelajar seramai 20 orang.

OBJEKTIF PENUBUHAN MPV
Untuk memberi pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan teknologi. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam pekerjaan yang sesuai dan memulakan pekerjaan sendiri atau meneruskan latihan di peringkat lebih tinggi.

PERUNTUKAN WAKTU
Produksi Multimedia dan Grafik Berkomputer diperuntukkan sebanyak 8 waktu seminggu manakala subjek-subjek MPV yang lain diperuntukkan sebanyak 12 waktu seminggu.

BILANGAN PELAJAR
Jumlah minima pelajar dalam satu-satu kelas adalah 16 manakala jumlah maksimanya 25 orang.

PERISIAN
Terdapat 8 perisian yang dipelajari oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek Produksi Multimedia, sebagaimana berikut :
a) Adobe Photoshop CS
b) 3D Studio Max 6
c) Macromedia Freehand MX
d) Macromedia Flash MX
e) Macromedia Director MX
f) Macromedia Dreamweaver MX
g) Sony SoundForge 7
h) Adobe Premiere Pro

Perisian-perisian tersebut dipelajari melalui penggunaan modul-modul pembelajaran dalam bentuk cd dan cetakan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

PAPAN CERITA / KEUSAHAWANAN
Selain daripada perisian, para pelajar turut dibekalkan dengan modul papan cerita (story board) bagi membolehkan pelajar mempelajari cara-cara menyediakan helaian papan cerita bagi projek multimedia yang akan dihasilkan.

Modul keusahawanan memperkenalkan para pelajar dengan situasi sebenar semasa menghasilkan projek-projek multimedia merangkumi perancangan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang sepatutnya terlibat serta cara-cara untuk mengira kos bagi sesuatu projek. Melalui modul keusahawanan itu juga pelajar turut didedahkan dengan maklumat-maklumat awal meliputi persediaan yang perlu dilakukan serta langkah-langkah yang patut dilaksanakan sebelum menubuhkan sesebuah syarikat.

Seperti modul-modul perisian yang lain, kedua-dua modul papan cerita dan keusahawanan turut disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Modul-modul pembelajaran tersebut bebas dipilih untuk diajar atau dipelajari tanpa mengikut susunan jadual yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, guru bebas merangka jadual sendiri untuk mengajar sehingga kesemua modul selesai diajar dan seterusnya menyelesaikan sukatan pelajaran yang telah dibekalkan. Para pelajar juga boleh menyusun jadual sendiri sebagai panduan untuk mempelajari kesemua modul pembelajaran tersebut. Tiada kenyataan yang menetapkan mana-mana modul perlu diselesaikan semasa di tingkatan 4 atau 5. Ini bermakna kesemua modul tersebut disediakan untuk jangkamasa 2 tahun (tingkatan 4 dan 5). Meskipun begitu, pemilihan modul-modul pembelajaran tersebut perlu seiring dengan modul pentaksiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sekiranya berkemampuan, guru mahupun pelajar disaran supaya dapat menyelesaikan kesemua modul pembelajaran semasa berada di tingkatan 4. Ini adalah untuk memberi peluang yang lebih kepada para pelajar bagi menghasilkan projek yang berkualiti semasa berada di tingkatan 5.

Guru boleh memilih untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara kelas dimana semua pelajar mempelajari modul atau perisian yang sama dengan merujuk kepada penerangan guru atau menggunakan modul. Guru juga boleh memilih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara individu dimana pelajar bebas mempelajari mana-mana modul atau perisian yang disukai. Melalui kaedah ini guru akan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator. Penggabungan kedua-dua bentuk pengajaran dan pembelajaran tersebut juga boleh dilakukan sekiranya dirasakan perlu.

PENTAKSIRAN KOMPETENSIPERSIJILAN MODULAR
Ciri-ciri :
  • Pentaksiran Alaf Baru
  • Global Standard
  • Local Need
  • Standard Kekompetenan MPV
  • Fleksibel- Individualised
  • Berpusatkan Pelajar
  • Mempertingkatkan Pembelajaran
  • Pentaksiran Atas Permintaan
  • Penjaminan Kualiti
  • Holistik
  • Modular
  • Portfolio
  • Pentaksiran Berpusat
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah
  • Pentaksiran Merujuk Kriteria
  • Evidens Pengetahuan
  • Evidens Proses
  • Evidens Produk
  • Pemantau Dalaman
  • Penyelaras Dalaman
  • Guru Pentaksir
  • Pemantauan
  • Penyelarasan
  • Pelaporan Positif
  • Sijil Matapelajaran Vokasional
  • Sijil Pelajaran Malaysia
KOMPONEN PENTAKSIRAN MATAPELAJARAN MPV - PRODUKSI MULTIMEDIA
  1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (7403/2)- Kerja kursus (modul) sepanjang tingkatan 4 dan tingkatan 5
  2. Pentaksiran Berpusat (7403/1)- Kerja bertulis 2 jam 30 minit dijadualkan bersama kertas bertulis SPM yang lain
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PETUGAS PENTAKSIRAN:
1. PENTAKSIR
Guru yang dilantik untuk menghakimkan evidens yang dikemukakan oleh calon sama ada kompeten atau belum kompeten.

2. PENYELARAS
Guru yang dilantik untuk memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir memenuhi standard yang ditetapkan.

3. PEMANTAU
Petugas yang dilantik untuk memastikan pengendalian pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir mematuhi prosedur yang ditetapkan.

4. GURU PENTAKSIR SEKOLAH
Guru yang mengajar subjek berkaitan:
  • Melaksanakan proses pentaksiran setelah menjalani kursus penataran dan mendapat surat pelantikan daripada Pengetua
  • Menyedia dan melengkapkan segala maklumat serta borang yang berkaitan dengan pentaksiran

PENYELARAS DALAMAN

  • Guru yang dilantik oleh Pengetua (Penolong Kanan/Ketua Bidang)
  • Menyelaras pentaksiran disekolahnya
  • Menandatangani borang-borang yang berkaitan

PENYELARAS LUAR
  • Guru yang dilantik oleh LPM
  • Menyelaras pentaksiran di sekolah terpilih sebagaimana jadual
  • Menyediakan laporan yang berkaitan

PEMANTAU DALAMAN

  • Pengetua
  • Penolong Kanan
PEMANTAU LUAR
  • Pegawai LPM
  • Pegawai JPT
  • Pegawai JPN
  • Pegawai PPD/PPB
  • Jemaah Nazir Sekolah
MODUL PENTAKSIRAN
Modul 1 : Menghasilkan Grafik
Modul 2 : Menghasil dan Menyunting Audio
Modul 3 : Menghasilkan dan Menyunting Video
Modul 4 : Menghasilkan Animasi 2D dan 3D
Modul 5 : Persembahan Multimedia Interaktif Menggunakan Perisian Alat Pengarangan
Modul 6 : Membina Laman Web
Modul 7 : Membangunkan Produk Multimedia
Modul 8 : Pengurusan Dalam Pembangunan Multimedia

KOMPETENSI

MODUL 1 : MENGHASILKAN GRAFIK
KPM 01 : Menghasilkan ikon atau logo kapal menggunakan Macromedia Freehand
KPM 02 : Menyunting imej grafik menggunakan Adobe Photoshop
KPM 03 : Menghasilkan grafik 3D (objek) menggunakan 3D Studio Max

MODUL 2 : MENGHASIL DAN MENYUNTING AUDIO
KPM 04 : Menghasilkan fail audio
KPM 05 : Menyunting fail audio

MODUL 3 : MENGHASILKAN DAN MENYUNTING VIDEO
KPM 06 : Menghasilkan fail video
KPM 07 : Menyunting teks, objek dan mengeksport fail video

MODUL 4 : MENGHASILKAN ANIMASI 2D DAN 3D
KPM 08 : Menghasilkan animasi 2D menggunakan Macromedia Flash
KPM 09 : Menghasilkan animasi 2D menggunakan Macromedia Director
KPM 10 : Menghasilkan animasi 3D menggunakan perisian 3D Studio Max
KPM 11 : Menghasilkan animasi 2D dalam perisian laman web

MODUL 5 : PERSEMBAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PERISIAN ALAT PENGARANGAN
KPM 12 : Menghasilkan Lakaran Papan Cerita
KPM 13 : Menghasilkan satu persembahan multimedia linear dengan menggunakan alat pengarangan Macromedia Director
KPM 14 : Menghasilkan satu persembahan multimedia interaktif dengan menggunakan alat pengarangan Macromedia Flash MX

MODUL 6 : MEMBINA LAMAN WEB
KPM 15 : Menetapkan page properties, mengguna dan memanipulasi teks, grafik dan jadual
KPM 16 : Membina pautan (link)
KPM 17 : Membina layer
KPM 18 : Membina frame

MODUL 7 : MEMBANGUNKAN PRODUK MULTIMEDIA
KPM 19 : Membangunkan produk multimedia

MODUL 8 : PENGURUSAN DALAM PEMBANGUNAN MULTIMEDIA
KPM 20 : Menentukan kos perbelanjaan pembangunan multimedia
KPM 21 : Mengisi borang permohonan penggunaan bahan dari pemegang hakcipta

RINGKASAN
BILANGAN MODUL : 8
BILANGAN KOMPETENSI : 21
BILANGAN EVIDENS PROSES : 102
BILANGAN EVIDENS PRODUK : 52

MODUL TINGKATAN 4
MODUL 1
MODUL 2
MODUL 3
MODUL 4
MODUL 5
MODUL 6

MODUL TINGKATAN 5
MODUL 7
MODUL 8

KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI SPM
Setiap calon perlu kompeten sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan modul tingkatan 4. Sekiranya seseorang calon gagal mencapai tahap tersebut maka beliau hanya layak menerima sijil MPV (sekiranya terdapat modul yang kompeten).

KELAYAKAN MENDAPAT SIJIL SPM
Calon perlu kompeten sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan modul (tingkatan 4 dan 5). Sekiranya seseorang calon gagal mencapai tahap tersebut maka beliau hanya layak menerima sijil MPV (sekiranya terdapat modul yang kompeten).

Jumaat, 29 Ogos 2008