Produksi Multimedia (PM) merupakan salah satu daripada 22 subjek Matapelajaran Vokasional (MPV) Siri 7 yang ditawarkan di sekolah menengah harian. Keseluruhan subjek MPV adalah :1) Membuat Perabot (MP)2) Seni Reka Tanda (SRT)3) Tanaman Makanan (TM)4) Lanskap dan Nurseri (LN)5) Pembinaan Domestik (PD)6) Katering dan Penyajian (KP)7) Rekaan dan Jahitan Pakaian (RJP)8) Menservis Peralatan Elektrik Domestik (MPED)9) Grafik Berkomputer (GB)10) Produksi Multimedia (PM)11) Pendawaian Domestik (PenD)12) Hiasan Dalaman Asas (HDA)13) Akuakultur dan Haiwan Rekreasi (AHR)14) Pemprosesan Makanan (PeM)15) Menservis Automobil (MA)16) Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara (MPPPU)17) Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut (PMDR)18) Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (APAK)19) Menservis Motosikal (MM)20) Kimpalan Arka dan Gas (KAG)21) Kerja Paip Domestik (KPD)22) Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik (GAPG)
Subjek-subjek tersebut ditawarkan secara berperingkat dengan subjek 1 - 8 mula ditawarkan pada tahun 2002, subjek 9 dan 10 bermula pada 2003, subjek 11 - 18 mula diperkenalkan pada 2004 manakala subjek 19 - 22 bermula pada tahun 2005. Produksi Multimedia mula ditawarkan di SMK Kamunting pada tahun 2004 dengan bilangan pelajar seramai 20 orang.
OBJEKTIF PENUBUHAN MPVUntuk memberi pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan teknologi. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam pekerjaan yang sesuai dan memulakan pekerjaan sendiri atau meneruskan latihan di peringkat lebih tinggi.
PERUNTUKAN WAKTUProduksi Multimedia dan Grafik Berkomputer diperuntukkan sebanyak 8 waktu seminggu manakala subjek-subjek MPV yang lain diperuntukkan sebanyak 12 waktu seminggu.
BILANGAN PELAJARJumlah minima pelajar dalam satu-satu kelas adalah 16 manakala jumlah maksimanya 25 orang.
PERISIANTerdapat 8 perisian yang dipelajari oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek Produksi Multimedia, sebagaimana berikut :a) Adobe Photoshop CSb) 3D Studio Max 6c) Macromedia Freehand MXd) Macromedia Flash MXe) Macromedia Director MXf) Macromedia Dreamweaver MXg) Sony SoundForge 7h) Adobe Premiere ProPerisian-perisian tersebut dipelajari melalui penggunaan modul-modul pembelajaran dalam bentuk cd dan cetakan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.
PAPAN CERITA / KEUSAHAWANANSelain daripada perisian, para pelajar turut dibekalkan dengan modul papan cerita (story board) bagi membolehkan pelajar mempelajari cara-cara menyediakan helaian papan cerita bagi projek multimedia yang akan dihasilkan.Modul keusahawanan memperkenalkan para pelajar dengan situasi sebenar semasa menghasilkan projek-projek multimedia merangkumi perancangan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang sepatutnya terlibat serta cara-cara untuk mengira kos bagi sesuatu projek. Melalui modul keusahawanan itu juga pelajar turut didedahkan dengan maklumat-maklumat awal meliputi persediaan yang perlu dilakukan serta langkah-langkah yang patut dilaksanakan sebelum menubuhkan sesebuah syarikat.Seperti modul-modul perisian yang lain, kedua-dua modul papan cerita dan keusahawanan turut disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANModul-modul pembelajaran tersebut bebas dipilih untuk diajar atau dipelajari tanpa mengikut susunan jadual yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, guru bebas merangka jadual sendiri untuk mengajar sehingga kesemua modul selesai diajar dan seterusnya menyelesaikan sukatan pelajaran yang telah dibekalkan. Para pelajar juga boleh menyusun jadual sendiri sebagai panduan untuk mempelajari kesemua modul pembelajaran tersebut. Tiada kenyataan yang menetapkan mana-mana modul perlu diselesaikan semasa di tingkatan 4 atau 5. Ini bermakna kesemua modul tersebut disediakan untuk jangkamasa 2 tahun (tingkatan 4 dan 5). Meskipun begitu, pemilihan modul-modul pembelajaran tersebut perlu seiring dengan modul pentaksiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya berkemampuan, guru mahupun pelajar disaran supaya dapat menyelesaikan kesemua modul pembelajaran semasa berada di tingkatan 4. Ini adalah untuk memberi peluang yang lebih kepada para pelajar bagi menghasilkan projek yang berkualiti semasa berada di tingkatan 5.Guru boleh memilih untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara kelas dimana semua pelajar mempelajari modul atau perisian yang sama dengan merujuk kepada penerangan guru atau menggunakan modul. Guru juga boleh memilih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara individu dimana pelajar bebas mempelajari mana-mana modul atau perisian yang disukai. Melalui kaedah ini guru akan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator. Penggabungan kedua-dua bentuk pengajaran dan pembelajaran tersebut juga boleh dilakukan sekiranya dirasakan perlu.
PENTAKSIRAN KOMPETENSIPERSIJILAN MODULARCiri-ciri :- Pentaksiran Alaf Baru
- Global Standard
- Local Need
- Standard Kekompetenan MPV
- Fleksibel- Individualised
- Berpusatkan Pelajar
- Mempertingkatkan Pembelajaran
- Pentaksiran Atas Permintaan
- Penjaminan Kualiti
- Holistik
- Modular
- Portfolio
- Pentaksiran Berpusat
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah
- Pentaksiran Merujuk Kriteria
- Evidens Pengetahuan
- Evidens Proses
- Evidens Produk
- Pemantau Dalaman
- Penyelaras Dalaman
- Guru Pentaksir
- Pemantauan
- Penyelarasan
- Pelaporan Positif
- Sijil Matapelajaran Vokasional
- Sijil Pelajaran Malaysia
KOMPONEN PENTAKSIRAN MATAPELAJARAN MPV - PRODUKSI MULTIMEDIA- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (7403/2)- Kerja kursus (modul) sepanjang tingkatan 4 dan tingkatan 5
- Pentaksiran Berpusat (7403/1)- Kerja bertulis 2 jam 30 minit dijadualkan bersama kertas bertulis SPM yang lain
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PETUGAS PENTAKSIRAN:
1. PENTAKSIR
Guru yang dilantik untuk menghakimkan evidens yang dikemukakan oleh calon sama ada kompeten atau belum kompeten.
2. PENYELARAS
Guru yang dilantik untuk memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir memenuhi standard yang ditetapkan.
3. PEMANTAU
Petugas yang dilantik untuk memastikan pengendalian pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir mematuhi prosedur yang ditetapkan.
4. GURU PENTAKSIR SEKOLAH
Guru yang mengajar subjek berkaitan:
- Melaksanakan proses pentaksiran setelah menjalani kursus penataran dan mendapat surat pelantikan daripada Pengetua
- Menyedia dan melengkapkan segala maklumat serta borang yang berkaitan dengan pentaksiran
PENYELARAS DALAMAN
- Guru yang dilantik oleh Pengetua (Penolong Kanan/Ketua Bidang)
- Menyelaras pentaksiran disekolahnya
- Menandatangani borang-borang yang berkaitan
PENYELARAS LUAR
- Guru yang dilantik oleh LPM
- Menyelaras pentaksiran di sekolah terpilih sebagaimana jadual
- Menyediakan laporan yang berkaitan
PEMANTAU DALAMAN
PEMANTAU LUAR- Pegawai LPM
- Pegawai JPT
- Pegawai JPN
- Pegawai PPD/PPB
- Jemaah Nazir Sekolah
MODUL PENTAKSIRANModul 1 : Menghasilkan GrafikModul 2 : Menghasil dan Menyunting AudioModul 3 : Menghasilkan dan Menyunting VideoModul 4 : Menghasilkan Animasi 2D dan 3DModul 5 : Persembahan Multimedia Interaktif Menggunakan Perisian Alat Pengarangan Modul 6 : Membina Laman WebModul 7 : Membangunkan Produk MultimediaModul 8 : Pengurusan Dalam Pembangunan Multimedia
KOMPETENSIMODUL 1 : MENGHASILKAN GRAFIKKPM 01 : Menghasilkan ikon atau logo kapal menggunakan Macromedia FreehandKPM 02 : Menyunting imej grafik menggunakan Adobe PhotoshopKPM 03 : Menghasilkan grafik 3D (objek) menggunakan 3D Studio MaxMODUL 2 : MENGHASIL DAN MENYUNTING AUDIOKPM 04 : Menghasilkan fail audioKPM 05 : Menyunting fail audioMODUL 3 : MENGHASILKAN DAN MENYUNTING VIDEOKPM 06 : Menghasilkan fail videoKPM 07 : Menyunting teks, objek dan mengeksport fail videoMODUL 4 : MENGHASILKAN ANIMASI 2D DAN 3DKPM 08 : Menghasilkan animasi 2D menggunakan Macromedia FlashKPM 09 : Menghasilkan animasi 2D menggunakan Macromedia DirectorKPM 10 : Menghasilkan animasi 3D menggunakan perisian 3D Studio MaxKPM 11 : Menghasilkan animasi 2D dalam perisian laman webMODUL 5 : PERSEMBAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PERISIAN ALAT PENGARANGANKPM 12 : Menghasilkan Lakaran Papan CeritaKPM 13 : Menghasilkan satu persembahan multimedia linear dengan menggunakan alat pengarangan Macromedia DirectorKPM 14 : Menghasilkan satu persembahan multimedia interaktif dengan menggunakan alat pengarangan Macromedia Flash MXMODUL 6 : MEMBINA LAMAN WEBKPM 15 : Menetapkan page properties, mengguna dan memanipulasi teks, grafik dan jadualKPM 16 : Membina pautan (link)KPM 17 : Membina layerKPM 18 : Membina frameMODUL 7 : MEMBANGUNKAN PRODUK MULTIMEDIAKPM 19 : Membangunkan produk multimediaMODUL 8 : PENGURUSAN DALAM PEMBANGUNAN MULTIMEDIAKPM 20 : Menentukan kos perbelanjaan pembangunan multimediaKPM 21 : Mengisi borang permohonan penggunaan bahan dari pemegang hakcipta
RINGKASANBILANGAN MODUL : 8BILANGAN KOMPETENSI : 21BILANGAN EVIDENS PROSES : 102BILANGAN EVIDENS PRODUK : 52
MODUL TINGKATAN 4MODUL 1MODUL 2MODUL 3MODUL 4MODUL 5MODUL 6
MODUL TINGKATAN 5MODUL 7MODUL 8
KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI SPMSetiap calon perlu kompeten sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan modul tingkatan 4. Sekiranya seseorang calon gagal mencapai tahap tersebut maka beliau hanya layak menerima sijil MPV (sekiranya terdapat modul yang kompeten).
KELAYAKAN MENDAPAT SIJIL SPMCalon perlu kompeten sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan modul (tingkatan 4 dan 5). Sekiranya seseorang calon gagal mencapai tahap tersebut maka beliau hanya layak menerima sijil MPV (sekiranya terdapat modul yang kompeten).